Sunday, May 10, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA

8 Mei 2009-Jumaat. Pergerakan Puteri Islam Malaysia SMK Puteri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Pendidikan Masyarakat. Rombongan seramai ahli PPIM bersama guru pengiring iaitu Pn. Norma Binti Ahamad dan Puan Nor Rohana Binti Kamaruddin.

Objektif lawatan ini ialah memberi pendedahan kepada PPIM tentang masalah gejala rasuah yang kian menular dalam masyarakat hari ini. Di samping itu juga bertujuan mendidik ahli agar mereka lebih mengenali bagaimana gejala rasuah itu berlaku.

Tentatif lawatan:
3.30 petang: Ketibaan peserta lawatan (PPIM SMK Puteri Seremban)
Sesi bergambar
Lawatan ke galeri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Penyerahan cenderahati kepada peserta lawatan
Taklimat dan ceramah oleh:
PsK Shahami bin Hashim
Tayangan video
Taklimat pengenalan kepada SPRM
Minum petang
Bersurai
Pada jam 5.30 petang peserta rombongan berangkat pulang dan tiba di sekolah pada jam 7.30 petang. Banyak pengetahuan dan pengalaman diperolehi melalui lawatan ini.

No comments:

Post a Comment