Sunday, May 31, 2009

Cuti Pertengahan Tahun

Cuti Pertengahan Tahun kini bermula. Warga PPIM SMK Puteri ingin mengucapkan selamat bercuti kepada ahli PPIM khasnya dan warga Puteri amnya. Semoga cuti ini akan diisi dengan perkara yang memberi faedah kepada kita

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Warga PPIM SMK Puteri ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik di SMK Puteri khususnya guru-guru penasihat PPIM SMK Puteri, Seremban. Tema hari guru pada tahun ini " Guru pembina negara bangsa". Terima kasih kepada warga pendidik kerana mendidik kami tanpa jemu. Terima kasih cikgu.

Wednesday, May 13, 2009

CERAMAH MOTIVASI : MELAYU DAN ISLAM


13 Mei 2009- Rabu. Aktiviti dimulakan dengan alfatihah, bacaan doa dan nyanyian Asma Ul Husna. Aktiviti pada hari ini ialah ceramah motivasi oleh Cikgu Raja Azrul. Tajuk ceramah beliau Melayu dan Islam. Beliau menceritakan pengalaman belajar di luar negara (di England) selama 7 tahun dan pengalaman beliau bertemu dengan masyarakat Melayu di sana. Tidak ketinggalan juga pengalaman dengan masyarakat Islam di beberapa negara yang pernah beliau lawati. Sebelum majlis bersurai , penyampaian sijil oleh Pn. Norma kepada peserta pertandingan kawad kaki NGO yang lalu.

Sunday, May 10, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA

8 Mei 2009-Jumaat. Pergerakan Puteri Islam Malaysia SMK Puteri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Pendidikan Masyarakat. Rombongan seramai ahli PPIM bersama guru pengiring iaitu Pn. Norma Binti Ahamad dan Puan Nor Rohana Binti Kamaruddin.

Objektif lawatan ini ialah memberi pendedahan kepada PPIM tentang masalah gejala rasuah yang kian menular dalam masyarakat hari ini. Di samping itu juga bertujuan mendidik ahli agar mereka lebih mengenali bagaimana gejala rasuah itu berlaku.

Tentatif lawatan:
3.30 petang: Ketibaan peserta lawatan (PPIM SMK Puteri Seremban)
Sesi bergambar
Lawatan ke galeri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Penyerahan cenderahati kepada peserta lawatan
Taklimat dan ceramah oleh:
PsK Shahami bin Hashim
Tayangan video
Taklimat pengenalan kepada SPRM
Minum petang
Bersurai
Pada jam 5.30 petang peserta rombongan berangkat pulang dan tiba di sekolah pada jam 7.30 petang. Banyak pengetahuan dan pengalaman diperolehi melalui lawatan ini.

ANUGERAH PUTERI BONGSU DAN PUTERI TENGAH

7 Mei 2009-Khamis. Berikut adalah pelajar PPIM yang telah dianugerahkan Puteri Bongsu
1. Nuraamirah Zulaikha Binti Azali
2. Noramalluna Binti Mad Nor
3. Nurul Najwa Binti Abd. Rahman
4. Nurul Fatiah Binti Shabudin
5. Raja Nor Ashikin Binti Raja Rahaizat
6. Nur Elya Atiqqah Binti Khairuddin
7. Nurul Narieni Binti Mohd Nanda
8. Nur Syahiera Binti Rosli
9. Fareeza Sharmine Aziera Binti Zualkefle
10. Saffiran Binti Mohd Soffie
11. Noor Sazziera Binti Safaruddin
12. Noor Izzatul Nadzirah Bint Noor Azmi
13. Nur'ain Nabila Binti Che Zakaria
14. Asmidar Binti Jumelan
15. Nur Farhana Binti Shaharudin
16. Farah Adilah Binti Abd. Razak
17. Nur Farah Dina Binti Ajid

Berikut pelajar yang dianugerahkan Puteri Tengah.
1. Nor Amalina Binti Al Kass Rosli
2. Nurul Shuhada Binti Dzulkarnain
3. Nur Afiqah Husna Binti M. Adnan
4. Razzilawati Binti Rahmat
5. Nur Hidayah Faqihah Binti Md. Zaki
6. Nur Hidayah Binti Azhar
7. Soffarina Binti Mohd Sofie
8. Zaidathul Azreen Binti Zainuddin
9. Nor Shafiqah Binti M. Hisham
10.Nabilah Binti Abdul Kadir
11.Siti Nurfaiqah Binti Mohd Safari
12.Siti Aqilah Binti Zukkifli
13. Siti Nurfadhilah Binti Mohd Safari
14.Siti Balqis Binti Mahadzir
15.Razanah Anis Binti Hamid
16.Amirah Aqilah Zainuk Aririn
17.Shameen Najihah Binti Shahbudin

Pengucapan Awam

6 Mei 2009-Rabu. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu PPIM. Aktiviti yang dijalankan ialah pengucapan awam yang bertemakan "Minggu Budi Bahasa" dan "Minggu Anti Dadah". Setiap kumpulan diminta menghantar wakil untuk mempersembahkan pengucapan awam mereka.

Menjahit Sulaman

29April 2009-Rabu. Aktiviti pada kali ini ialah sulaman. Pelajar diminta membuat sulaman mengikut kreativiti masing-masing. Sulaman yang telah siap dinilai oleh guru penasihat.

Santapan Rohani dan Nyanyian Asma Ul Husna

22 April 2009-Rabu. Aktiviti pada hari ini ialah pelajar diberi suntikan santapan rohani dengan tajuk tanda-tanda kematian. Selepas itu pelajar bersama-sama menyanyikan lagu Asma Ul Husna.

Melengkapkan dan Mengemaskini buku log PPIM

15 April 2009-Rabu. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu PPIM. Para pelajar diminta melengkapkan buku log PPIM mengikut kreativiti masing-masing.

Pertandingan Tulisan Khat

8 April 2009-Rabu. Aktiviti dimulakan dengan doa dan lagu PPIM. Seterusnya penerangan aktiviti oleh guru penasihat, Ust. Mashitah Toyoman. Aktiviti diteruskan dengan pelajar membuat tulisan khat mengikut kreativiti masing-masing. Pemenang pertandingan khat telah dinilai oleh guru penasihat.

Saturday, May 9, 2009

Punch Buah-buahan

1 April 2009-Rabu. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu PPIM. Selepas itu pelajar diminta ke kantin dan memulakan aktiviti membuat punch buah-buahan mengikut kreativiti masing-masing. Pemenang telah dinilai oleh guru penasihat.

Melukis Gambar-Gambar Alam Sekitar

25 Mac 2009-Rabu. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu PPIM. Aktiviti diteruskan dengan penerangan ringkas aktiviti dijalankan iaitu melukis gambar alam sekitar. Selepas itu ahli diminta keluar mencari bahan-bahan alam sekitar dan melukis. Aktiviti diakhiri dengan doa penutu.

Membuat kad kanak-kanak di Gaza

25 Februari 2009-Rabu. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan lagu PPIM. Pada perjumpaan kali ini ahli diminta membina kad untuk kanak-kanak di Gaza.Aktiviti diakhiri dengan doa penutup.

TATACARA PERJUMPAAN PPIM

18 Februari 2009-Rabu. Perjumpaan kali pertama telah diadakan di surau Al Imtiaz SMK Puteri. Aktiviti yang dijalankan adalah Bacaan doa, nyanyian lagu Puteri Islam, memperkenalkan AJK Puteri Islam sesi 2009 . Taklimat ringkas oleh guru penasihat juga diadakan. Disamping itu, ahli diberi risalah tentang hal perihal PPIM dan akhirnya melantik peserta kawad kaki peringkat daerah tahun 2009.