Saturday, June 20, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pelajar PPIM semasa menaiki Menara Taming Sari
Bandar Melaka dari Menara Taming Sari
Eye On Malaysia dari Menara Taming Sari

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari

Pelajar meneropong dari Balai Cerap

Pameran di Kompleks Falak Al Khawarizmi
Pelajar menandatangani Buku Pelawat

Rombongan Pelajar PPIM dan guru penasihat

Kompleks Falak Al Khawarizmi

Sabtu - 20 Jun 2009. Satu lawatan sambil belajar seramai 23 ahli PPIM dan dua orang guru pengiring iaitu Pn. Noraini Hassan dan Pn Ruzihan Abdullah telah diadakan ke Melaka. Lawatan dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Destinasi pertama yang dilawati ialah Kompleks Falak Al Khawarizmi (http://www.al-azim.com/khawarizmi/main.htm).
Rombongan telah sampai ke kompleks ini pada jam 10.00 pagi. Tiket untuk masuk ke kompleks ini RM1 untuk pelajar manakala RM2 untuk orang dewasa. Di kompleks ini , pelajar PPIM telah melawat pameran berkaitan sains dan teknologi khususnya ilmu astronomi. Di samping melawat ke pameran pelajar juga berpeluang menonton tayangan yang bertajuk "SOS the planet". Semasa menonton tayangan ini pelajar dikehendaki memakai cermin mata 3D untuk mendapatkan kesan gambar tiga dimensi. Setelah berada di kompleks ini selama satu jam rombongan telah menuju ke Bandar Melaka. Setelah sampai di Bandar Melaka , pelajar berpeluang menaiki Menara Taming Sari, berjalan sekitar bandar Melaka dan membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Akhirnya rombongan bertolak balik jam 3.30 petang dan sampai di sekolah jam 5.00 petang.