Thursday, July 29, 2010

Pertandingan Nasyid antara Kumpulan

28 Julai 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Ahli PPIM telah membuat pertandingan nasyid
  • Terdapat 8 kumpulan yang bertanding.
  • Pemenang telah diumumkan dan akan diberi hadiah
  • Merupakan perjumpaan terakhir bagi PPIM dan perjumpaan akan diadakan pada tahun 2011

Thursday, July 22, 2010

Pertandingan "Ikhtiar Hidup"

21 Julai 2010

  • 8 orang dari PPIM telah menyertai pertandingan ikhtiar hidup.
  • Pertandingan ini bertujuan mendedahkan para pelajar tentang cara untuk hidup apabila sesat di hutan
  • Para pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli.
  • Pelajar hanya dibekalkan dengan beras, kentang dan tepung
  • Pelajar dikehendaki memasak nasi dalam buluh dan kentang serta tepung dimasak menggunakan daun pisang.
  • Pasukan PPIM telah berjaya mendapat tempat ketiga dan saguhati

Thursday, July 15, 2010

Ikatan Tali

14 Julai 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Ahli PPIM telah diajar dengan cara-cara mengikat tali untuk perkhemahan dengan betul
  • Pelajar senior menunjukan cara-cara yang betul bagi mengikat tali
  • Para pelajar telah memberi cadangan mengadakan perkhemahan merangkap jamuan akhir tahun.

Thursday, July 8, 2010

Kemahiran Membuat Bunga daripada Kertas Tisu

7 Julai 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Ahli PPIM telah didedahkan dengan cara membuat bunga daripada kertas tisu
  • Ahli PPIM berjaya membuat bunga dengan baik, dan cantik dengan bimbingan guru penasihat dan pelajar senior
  • Guru penasihat membincangkan lawatan yang akan diadakan di Melaka

Thursday, July 1, 2010

Kuiz "Penguji Minda"

30 Jun 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Ahli PPIM telah dibekalkan dengan kertas kuiz
  • Ahli PPIM diberi masa selama 45 minit untuk selesaikan kuiz tersebut
  • Mereka yang berjaya mendapat semua betul diberi penghargaan

Thursday, June 24, 2010

Latihan Nasyid Berkumpulan

23 Jun 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Ahli PPIM telah ditugaskan untuk berbincang dalam kumpulan untuk membuat latihan bagi pertandingan nasyid
  • Ahli PPIM memilih lagu dan membuat latihan.

Thursday, May 6, 2010

Ceramah "Tabung Berkat" oleh Lembaga Tabung Haji

5 Mei 2010

  • Bacaan doa
  • Ceramah tentang menabung.
  • Para pelajar dibenarkan membuka tabung haji
  • Sesi soal jawab bersama penceramah iaitu Tuan Haji Ros Azmir bin Badri
  • Para pelajar dapat menambah pengetahuan tentang menabung dengan cara yang baik.

Thursday, April 29, 2010

Menghasilkan Kad Ucapan Hari Guru

28 April 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Ahli PPIM tingkatan satu dan dua telah ditugaskan untuk membuat kad ucapan hari guru.
  • Kad ini dihasilkan bagi memperingat dan menghargai jasa-jasa guru yang telah banyak membantu pelajar dalam menjadi pelajar yang cemarlang di dunia dan akhirat.
  • Hasil karya ini telah dihantar kepada guru penasihat untuk penilaian.

Thursday, April 22, 2010

Perbincangan Aktiviti pada Hari Guru

21 April 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Ahli PPIM dan guru penasihat telah berbincang persembahan yang akan diadakan pada hari guru.

Wednesday, April 14, 2010

Menyaksikan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah

14 April 2010

  • PPIM telah menghantar pasukan kawad kaki menyertai pertandingan kawad kaki peringkat sekolah.
  • Para pelajar yang tidak terlibat dibenarkan menyaksikan pertandingan ini.
  • Dapat memberi peluang kepada para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
  • Dapat membina semangat pasukan.
  • Dapat membina jati diri dalam pelajar dan sikap berdisiplin.

Thursday, April 8, 2010

Mempelajari Mengikat Anduh

7 April 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Para pelajar telah mempelajari cara-cara mengikat anduh dengan betul
  • Antaranya ialah, bif-knot, anduh besar, dan anduh kecil
  • Para pelajar dapat mengikat anduh dengan baik.

Thursday, April 1, 2010

Pemilihan Peserta Kawad Kaki dan Membuat Poster

31 Mac 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • 40 orang pelajar dipilih untuk menyertai kawad kaki.
  • Pelajar yang lain telah membuat poster beetemakan alam sekitar
  • Mereka dibimbing guru penasihat supaya poster mereka kelihatan lebih menarik

Wednesday, March 24, 2010

Belajar Menjahit Manik

24 Mac 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Para pelajar didedahkan dengan cara membuat manik
  • Para pelajar diajar membuat manik pada baju dengan cara yang betul.
  • Hasilnya, para pelajar dapat menghasilkan manik yang cantik pada baju mereka.

Thursday, March 11, 2010

Perjumpaan Kali Pertama PPIM SMK PUTERI

10 Mac 2010

  • Bacaan doa
  • Nyanyian lagu Puteri Islam
  • Memperkenalkan barisan AJK PPIM dan guru-guru penasihat.
  • Melantik AJK tingkatan 1 dan urusan-urusan pembayaran dilakukan.