Wednesday, June 15, 2011

aktiviti para PUTERI ISLAM...

assalamualaikum....
setelah dua minggu cuti,,hari persekolahan kini muncul kembali..semua ahli PPIM kelihatan gembira dan EXCITED ketika berkumpul di perhimpunan pagi tadi..kegembiraan tersebut dapat dilihat dari wajah para ahli yang begitu ceria...
hari ini PPIM SMK PUTERI telah mengadakan perjumpaan....
seramai 86 orang ahli hadir dan 2 orang guru penasihat...
aktiviti yang kami adakan ialah perbincangan/persediaan untuk pertandingan Menggilap Bakat Puteri Islam...
antara pertandingan yang akan di jalankan ialah :
~tilawah Al-Quran
~hafazan
~forum
~sajak
~tulisan khat
dan macam-macam lagi...
PPIM SMK PUTERI telah dibahagikan dalam kumpulan masing-masing dari awal tahun lagi..
semua ahli memberikan kerjasama ketika Pengerusi, NURFATIHAH NAJWA memberikan taklimat untuk pertandingan tersebut..
hari ini terdapat juga SLOT TAZKIRAH yang di sampaikan oleh SAUDARI ZATIL ISMAH...
ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu dengan para ahli..
PUAN RUZIHAN juga ada memberitahu bahawa malam ini adalah MALAM GERHANA BULAN...beliau menyarankan agar ahli-ahli PPIM melakukan solat sunat gerhana...
perjumpaan kami berakhir pada jam 3.30 ptg....